Salam Ukhuwwah

My photo
"Tidak Beriman Seseorang Itu Sehingga Ia Mengasihi Saudaranya Seperti Ia Mengasihi Dirinya Sendiri" Al-Hadis

Friday, May 27, 2011

Pedang Warisan



Koleksi Pedang Sahabat Dr Lawas,Pedang Hulubalang Di Raja Brunei,pedang ini dimiliki oleh Che Mat tp dijaga oleh Cg Manudin di atas sbb2 tertentu.
Hulu : Kayu Keranji
Mata: Besi yang x dpt dipastikan.

Tuesday, September 7, 2010

Air Cond & Anda

Jangan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".


Saturday, August 29, 2009

Berbudi Pada Tanah

Alhamdulillah...akhirnya pokok kacang mior@bendi yg kubelai dan kujaga ini mmbuahkan hasil.
Buah sulung dr kebunku...tak sempat besar,aku tuai cepat2,mlm tu jgk wife aku celur,kami anak-beranak cicah ngan budu.best
* sedikit makluman : sebenarnya baka bendi ni jenis yg kecik,pokok dia tak tinggi,berbuah lebat dan kiut(tak besar)

Selepas gambar ni diambil ada la dekat2 50 biji lebih ia berbuah dan masih berbuah,alhamdulillah dapat la sedekah ngan sahabat2 yg dtg bertandang.
Teringat petikan tazkirah dr Tn Guru Hj Nik Abdul Aziz, beliau berkata : "Tiap2 barang yang tumbuh ditanah (tanaman) adlah suatu sedekah kpd makhluk yang lain".

Sunday, June 21, 2009

Renungan Buat Kita Semua

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.

Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit. Kes mana yang kita kejarkan dulu?

Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? Lagipun, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?

Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidup tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-keru perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni Apahal mamat ni diam je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki tu.

"Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!"

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu.
"Dan maafkan anak-anak saya tu." Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."

Kemudian dia sambung lagi:
"Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan."

Apa rasa kita masa itu?Sebab itulah bila teringat ayat Quran mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda? Wallahualam.

Semoga dpt diambil iktibar dr artikel ringkas ini, insya Allah...

Sunday, April 19, 2009

"Botol Jer Tuu..."

"Botol Jer Tuu..."
Ptg tu mcm ptg yg lain,tiada apa yg pelik,cuma aku nk share sesuatu yg mungkin bleh kita fikirkan bersama.Kejadian berlaku di sebuah gerai minum di daerah tempat aku bertugas,aku minum bersama kawan2 aku.Cuaca agak panas,so aku orderlah air soda.Dtg lah bdk pelayan tu bwk air,siap dlm botol lagi.Belum sempat aku pekena air tu..tiba2 mataku tertacap pd sudut tepi botol tu...tertera tulisan "tiger"...eh!ni botol kitar semula...botol arak ni...sepantas kilat aku panggil makcik tauke gerai tu...aku komplen kat dia..kot2 dia tk tahu tu botol arak...ai..selamba jerk di jawab.."relax aarr..BOTOL JER TUU...

Jati Diri Tanah Indah Sekebun Bunga

Capaian Blog